Membeli Japanese Auction Report/Sheet Untuk Kereta Anda – by Adnan & Nor Razman

Auction report/sheet dapat membantu anda mengetahui status sebenar kereta anda sebelum ia di jual di Jepun dan di bawa ke Malaysia. Sekiranya anda tidak mendapat salinan laporan tersebut dari penjual di Malaysia, berikut adalah cara untuk anda membelinya sendiri.

  1. Kenalpasti “Frame no” dari pelekat di pintu bahagian penumpang hadapan, sebelah pemandu.
  2. Lakukan carian menggunakan Frame No anda di https://jpcenter.ru/report
    [TELAH DIKEMASKINI]: Terdapat portal alternatif oleh syarikat tempatan, anda juga boleh membeli auction report dari portalĀ https://scrut.my/
  3. Sekiranya tiada carian, lakukan carian sekali lagi menggunakan maklumat di “Model” sebelum “-” menggantikan maklumat di “Frame No” sebelum “-“
  4. Klik pada hasil carian paling atas
  5. Dan pilih Enter Without Registration
  6. Sila buat bayaran (harga terkini adalah 10USD)
  7. Setelah bayaran dibuat, laporan anda akan dipaparkan. Sila simpan salinan anda sebaiknya untuk rujukan akan datang dan untuk mengelakkan dari anda perlu membayarnya sekali lagi
  8. Anda boleh memilih Translate To English untuk mendapatkan laporan yang diterjemah kedalam bahasa Ingeris. Tambahan 5USD diperlukan. Atau anda boleh menggunakan App Google Translate di telefon pintar anda untuk melakukan penterjemahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *